Tuesday, September 8, 2026
HomeHIBURANDatuk Siti Nurhaliza Titip Doa Susulan Letusan Gunung Berapi Di Indonesia

Datuk Siti Nurhaliza Titip Doa Susulan Letusan Gunung Berapi Di Indonesia

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut menitipkan doa buat rakyat Indonesia yang kini berdepan ancaman letusan beberapa gunung berapi, termasuk Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda.

Penyanyi nombor satu negara itu menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), memohon keselamatan buat rakyat negara jiran yang kini berdepan situasi berkenaan.

“Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Indonesia,” tulisnya yang disertakan emoji berdoa.

Siti turut berkongsi senarai 10 gunung berapi yang dikatakan sedang aktif di Indonesia menerusi hantaran sama.

Antara gunung berapi yang sedang aktif ialah Gunung Anak Krakatau, Dukono dan Gunung Ibu di Maluku Utara, Karangetang di Sulawesi Utara serta Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur.

Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda dilaporkan meletus pada Selasa lalu, dengan aktiviti gunung berkenaan memuntahkan abu gunung berapi setinggi 100 meter ke udara.

Situasi itu turut menjejaskan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa, termasuk beberapa laluan yang menghubungkan Jakarta dengan Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong, Sydney, Seoul/Incheon, Doha dan Amsterdam.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih RM280 Juta Tanam Semula Sawit Antara Cadangan Belanjawaan 2027

0
PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dalam Belanjawan 2027 sebagai usaha memperkukuh...

CATEGORIES