Saturday, October 31, 2026
HomeHIBURAN‘Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima’

‘Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima’

PETALING JAYA – Pelakon Fattah Amin meluahkan kerisauan dan sedikit rasa kecewa apabila tidak dapat meluangkan masa bertemu anaknya tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang kini berada dalam kondisi kesihatan yang kurang baik.

Dakwa Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, dia gagal untuk berjumpa dengan puterinya itu selepas beberapa kali membuat percubaan ke rumah bekas isteri, Nur Fazura.

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima.

“Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua,” katanya dalam InstaStory.

Dalam hantaran tersebut juga pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menangkap layar gambar anaknya menerusi Instagram anaknya yang dikawal bekas isteri.

Dalam foto dikongsikan, Fatima sedang makan ubat yang dipercayai disuap ibunya.

Namun, tidak dapat dipastikan penyakit yang menyerang si kecil itu.

Fattah dan aktres, Fazura bernikah pada 27 November 2017 namun bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES