Thursday, October 22, 2026
HomeHIBURANBunyi Dentuman Kuat Rupanya Lubang Benam ‘Telan’ Kereta

Bunyi Dentuman Kuat Rupanya Lubang Benam ‘Telan’ Kereta

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Sebuah kereta ‘ditelan’ ke dalam lubang benam yang terbentuk di sebatang jalan di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, lapor laman berita Fox News.

Kejadian berlaku dekat kawasan kejiranan Port Richmond, bandar Philadelphia pada petang semalam.

Lubang besar itu muncul selepas saluran paip sepanjang 15.24 sentimeter pecah, menyebabkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjatuh ke dalamnya.

Wartawan Fox 29, Steve Keeley berkata, orang ramai yang tinggal berhampiran mendengar bunyi dentuman kuat sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa rumah mereka akan runtuh.

Pihak berkuasa menutup jalan di kedua-dua arah untuk membenarkan mereka menilai kerosakan.

“Kira-kira 30 rumah terputus bekalan air. Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk membaiki saluran paip serta mengeluarkan kereta tersebut daripada lubang,” tambahnya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TuJu Perlu Mantap, Bagi Meyakinkan Untuk Tarik Pengguna Tempatan

0
KUALA LUMPUR – Aplikasi navigasi tempatan, TuJu, perlu membuktikan keupayaannya dari segi ketepatan arah, kelancaran penggunaan dan kecekapan sistem sebelum dapat menjadi pilihan utama...

CATEGORIES