Tuesday, July 21, 2026
HomeHIBURANBunga Cinta Lestari Kembali Dengan Konsert Cinta Luar Biasa

Bunga Cinta Lestari Kembali Dengan Konsert Cinta Luar Biasa

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Seri Rossa dan Krisdayanti, seorang lagi diva dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) kembali mengadakan konsert di Malaysia.

Kali ini, BCL akan membawa konsep cinta luar biasa menerusi Konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance yang bakal diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 September depan.

Memperincikan konsert dibawakan oleh Pulse Project Asia itu, pengarahnya, Muhammad Anuar Zaini memaklumkan, selain mahu mengubati kerinduan peminat dan mengembalikan nostalgia, penganjur juga menjanjikan pengalaman menarik buat mereka yang menontonnya.

“Semuanya akan dipersembahkan menerusi penata cahaya bersama produksi bertaraf dunia.

“Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, melalui kenyataan sama, BCL turut meluahkan keterujaannya bertemu peminat Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak lebih sedekad lalu.

Antara untaian indah yang bakal dipersembahkan BCL dalam konsert termasuklah Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah serta single terbaharu, Memulai Kembali.

Kali terakhir BCL mengadakan konsert solo di Malaysia pada 2023 menerusi Blossom Intimate Concert yang juga diadakan di lokasi sama.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nyanyi Tak Sedap Tidak Apa, Sebab Mak Saya Cakap Sedap’ –...

0
KUALA LUMPUR – “Jangan toleh kiri kanan, terus kuat.” Itu nasihat yang dititipkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila netizen menjadikan diri dan perjalanan kariernya...

CATEGORIES