Sunday, February 15, 2026
HomeHIBURANBangsa Sendiri Dikutuk 'Melayu Malas', Zarina Zainuddin Berang

Bangsa Sendiri Dikutuk ‘Melayu Malas’, Zarina Zainuddin Berang

ENGGAN berdiam diri ketika bangsa sendiri dikutuk sebagai pemalas, pelakon senior Zarina  Zainuddin tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan seorang peniaga asal Kemboja yang tukar baru-baru ini.

Biarpun wanita terbabit sudah meminta maaf secara terbuka, kenyataan dilemparkannya tetap mendorong pelakon berusia 52 tahun bersuara lantang.

Sebagai individu yang berdepan jatuh bangun dalam dunia perniagaan sejak zaman muda, Zarina bertegas, ramai sahaja  orang Melayu yang rajin berusaha.

Katanya, wanita terbabit perlu sedar diri selain isu malas atau enggan meningkatkan taraf ekonomi bukan bersandarkan bangsa, sebaliknya atas diri sendiri, kongsi Kosmo.

Mizz Lahar pun sependapat dengan Zarina walaupun kononnya peniaga terbabit sekadar bergurau, tapi kalau tengok kontroversi yang dibuat termasuk pernah mengherdik aktres Nadia Brian, memang sengaja dia mahu ditularkan.

Tahniah. Anda berjaya, strategi yang bagus sebab ada juga individu popular ‘back-up’ sekali gus terkena umpan. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kementerian Digital Perkukuh Keupayaan AI Sektor Awam Melalui Kerjasama Strategik Dengan...

0
PUTRAJAYA, 12 FEBRUARI 2026 — Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (National AI Office-NAIO), hari ini bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) menerusi...

CATEGORIES