Sunday, September 13, 2026
HomeHIBURANAtas Dasar Simpati, The Weeknd Derma RM11.65 Juta Kepada Palestin

Atas Dasar Simpati, The Weeknd Derma RM11.65 Juta Kepada Palestin

KUALA LUMPUR: Atas dasar simpati kepada rakyat Palestin, penyanyi popular, The Weeknd atau nama sebenar, Abel Tesfaye, 33, melalui organisasi miliknya, XO Humanitarian Fund menderma AS$2.5 juta (RM11.65 juta) untuk bantuan makanan.

Sumbangan dihulurkan penyanyi kelahiran Toronto, Ontario, Kanada itu difahamkan mencukupi untuk 4 juta bekalan makanan kecemasan kepada rakyat Gaza yang terjejas.

Baru-baru ini, Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan sumbangan itu mampu membiayai 820 tan metrik bungkusan makanan, selain dikatakan mampu diagihkan kepada lebih 173,000 rakyat Palestin untuk tempoh dua minggu.

Pengarah WFP Timur Tengah, Afrika Utara dan Rantau Eropah Timur, Corinne Fleischer dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu sangat diperlukan di Gaza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES