Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURANArtis Dari Tiga Negara Bakal Memeriahkan Konsert Galau Di Singapura

Artis Dari Tiga Negara Bakal Memeriahkan Konsert Galau Di Singapura

KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid bakal menyatukan 10 penyanyi solo dan berkumpulan dari Malaysia, Indonesia dan republik itu pada Konsert Galau di Pusat Ekspo Singapura pada 9 dan 16 Disember depan.

Artis solo dan berkumpulan dari Indonesia membabitkan Judika, Noah, Cakra Khan, D’Masiv, Kangen Band, Setia Band dan ST12, manakala Sufi serta Taufik Batisah bakal mewakili artis Singapura pada konsert itu.

Kumpulan Insomniacks pula mewakili band dari Malaysia.

Sufi yang juga Pengarah Urusan SAH Entertainment iaitu penganjur acara berkata, artis solo dan berkumpulan yang diundang menjayakan Konsert Galau dipilih peminat melalui proses undian, lapor Berita Harian.

“SAH Entertainment ada unit dipanggil SAHABAT yang menguruskan soal pemilihan artis melalui undian awam.

“Boleh dikatakan, ini kali pertama konsert seumpama ini dipentaskan di Singapura dan di Asia kerana menampilkan 10 penyanyi dengan anggota kumpulan asal.

“Kami komited memastikan barisan asal artis ini tampil menjayakan konsert bagi menghiburkan peminat melalui seleksi lagu galau (jiwa kacau) masing-masing,” katanya.

Sufi berkata, sebagai penghormatan kepada kumpulan Indonesia, Peterpan, vokalis Noah, Ariel bakal membawa lagu hit kumpulan itu pada konsert berkenaan.

Sufi berkata, Konsert Galau yang dipentaskan pada dua tarikh berbeza dianggap suatu kelainan dan pembaharuan yang diperkenalkan penganjur.

“Penganjuran konsert seumpama itu sudah biasa dilakukan di Indonesia mahu pun Malaysia, sebaliknya konsep itu masih baharu di Singapura.

“Kita perkenalkan konsep konsert dua tarikh ini bagi membolehkan peminat terhibur dengan persembahan artis kesayangan pada festival muzik yang meriah.

“Jadi, peminat tidak perlu terbang ke negara jiran untuk menonton persembahan artis kesayangan di pentas sama,” katanya.

Meletakkan sasaran 10,000 penonton untuk satu malam, Sufi berkata, peminat boleh memilih antara tiga kategori tiket.

“Ini termasuk zon Galau untuk pengalaman eksklusif, zon berdiri dan duduk,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES