Wednesday, April 29, 2026
HomeHIBURAN‘Artis Baharu, Jangan Hilang Jati Diri Sebab Rasa Diri Gah’

‘Artis Baharu, Jangan Hilang Jati Diri Sebab Rasa Diri Gah’

PETALING JAYA – Dua dekad bergelar anak seni, pelakon Iqram Dinzly menitipkan pesanan buat pelakon baharu usah terleka dan terlalu bermegah dengan populariti dimiliki hari ini.

Menurut pemlik nama penuh Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 45, itu, kemegahan dan populariti yang dimiliki tidak akan kekal selama-lamanya dan mampu hilang dalam sekelip mata sekiranya tersilap mengatur langkah termasuk bersikap sombong.

“Sebagai anak seni yang sudah ada dalam industri hiburan selama 20 tahun, pesanan saya untuk pendatang baharu lalui dan nikmati populariti secukup-cukupnya.

“Manfaatkan keseronokan tersebut sebaik mungkin tetapi janganlah sampai tersungkur baru nak sedar kesilapan sendiri.

“Jangan hilang jati diri disebabkan rasa diri terlalu gah pada zaman kemuncak supaya tidak terjunam ke dalam gaung yang dalam,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Pernah mendunia dengan drama Cinta Medik, nasihat tersebut disuarakannya kerana enggan artis baharu tidak mengorbankan bakat dimiliki hanya disebabkan kontroversi murahan.

“Saya tidak mahu bersangka buruk terhadap artis generasi muda sebab ini zaman mereka.

“Bahkan, saya seronok melihat semakin ramai pelapis baharu, tidak kira lelaki atau perempuan dan persaingan antara mereka sangat sengit.

“Jangan jadi ‘pelacur’ terang-terangan dalam industri seni ini. Tidak salah untuk popular atau dikenali, tetapi jangan salah guna populariti tersebut.

“Bukan nak menyerang mana-mana pihak pun tetapi saya bercakap berdasarkan pengalaman, penat menjadi ‘pelacur’ seni selama ini,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia turut menyebut beberapa nama selebriti tanah air yang boleh dijadikan contoh terbaik dalam dunia seni ketika ini.

“Kita jadikan artis seperti Alif Satar, Hairul Azreen, Zamarul Hisham, Aaron Aziz dan Zizan Razak sebagai contoh terbaik.

“Mereka bijak menggunakan populariti ke arah kebaikan dan menjaga imej.

“Kalau tengok, mereka memang jarang terpalit dengan gosip atau cerita sensasi sehingga merosakkan imej,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila beberapa nama selebriti tanah air didakwa tidak berdisiplin di set penggambaran selain dikatakan semakin sombong selepas popular.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bayi Maut Di Rumah Pengasuh, Suami Isteri Tuntut Pembelaan

0
ARAU – Sepasang suami isteri dari Taman Sri Wang Fasa 1, di sini menuntut pembelaan selepas bayi perempuan mereka berusia lapan bulan meninggal dunia...

CATEGORIES