Monday, August 10, 2026
HomeHIBURANAnak Jennifer Coppen Dilabel Anak Tak Sah Taraf?

Anak Jennifer Coppen Dilabel Anak Tak Sah Taraf?

Pelakon, Jennifer Coppen tidak mampu menahan sabar apabila anaknya, Kamari menjadi mangsa fitnah individu kurang ajar.

Katanya, dia masih boleh berdiam andai dirinya dihina, namun memfitnah permata hatinya sebagai anak tak sah taraf adalah perbuatan melampau.

Akui Jennifer, sudahlah Kamari yang masih bayi kehilangan bapa akibat kemalangan kini dituduh pula sebagai anak haram.

Balu kepada pempengaruh Dali Wassink itu tidak akan berkompromi terhadap pembuli yang sewenang-wenangnya menggunakan media sosial untuk memfitnah.

Tegas Jennifer, dia akan memburu individu yang meninggalkan komen biadab itu seterusnya mengambil tindakan undang-undang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jelajah Malaysia Digital 2026 Perkasa Rakyat Ke Arah Negara AI 2030

0
DAMANSARA DAMAI, 8 Ogos 2026 – Kementerian Digital terus memperkasa rakyat dengan kemahiran, pengetahuan dan peluang dalam ekonomi digital menerusi siri Jelajah Malaysia Digital...

CATEGORIES