Wednesday, November 19, 2025
HomeHIBURANAmelia Christie Dapat "Lampu Hijau" Noor Nabila

Amelia Christie Dapat “Lampu Hijau” Noor Nabila

PETALING JAYA – “Terima kasih Amelia untuk hari ini (semalam). Jayden manusia terpaling gembira.”

Demikian penghargaan usahawan Noor Nabila buat kekasih bekas suaminya, Sharnaaz Ahamd iaitu Amelia Christie yang berkunjung ke kediamannya semalam.

Melalui tinjauan Kosmo, perkongsian video Nabila mengenai kehadiran Amelia yang menghabiskan masa dengan bermain bersama Jebat Jayden dan menyiapkan juadah buat mereka mencuri perhatian netizen.

Menerusi video itu juga, Amelia dilihat tidak kekok melayan Jayden bermain badminton dalam rumahnya.

Hubungan baik yang terjalin itu sekali gus meraih pujian orang ramai yang menyifatkan Nabila sangat profesional dan matang.

“Nabila sangat bagus, dulu dengan anak Engku Emran pun dia baik. Sekarang kekasih bekas suami pun  layan dengan baik.

“Sepertinya Amelia sudah dapat lampu hijau.

“Untung Jayden ada ibu dan bakal mak yang pandai masak. Seronok tengok Jayden gembira,” komen netizen.

Terdahulu, kakak selebriti terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dapat dihidu apabila aktres itu kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.

Difahamkan, hubungan mereka mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Watie Hamil Lima Bulan, Rasa Macam Dejavu – Shuib

0
GOMBAK: Pempengaruh dan isteri kepada pelawak, Shuib, 41, Watie Hanifiah, 36, akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil lima bulan. Ia sekali gus menamatkan spekulasi yang berlegar...

CATEGORIES