Sunday, August 9, 2026
HomeBERITAWarga Myanmar berkeras Rasuah Polis RM200 Ditahan SPRM

Warga Myanmar berkeras Rasuah Polis RM200 Ditahan SPRM

KUANTAN – Tindakan seorang warga Myanmar yang berkeras memberi rasuah kepada polis sebanyak RM200 membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman selama lima hari bagi membantu siasatan terhadap suspek yang berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Izzati Zakaria hari ini.

Dalam kejadian kelmarin suspek ditahan di jalan besar hadapan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Cameron Highlands ketika memandu sebuah kereta jenis Proton Saga.

Dalam pemeriksaan dilakukan mendapati suspek yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) tidak mempunyai lesen memandu sebelum pihak polis mengeluarkan saman terhadap suspek.

Namun suspek dikatakan menawarkan wang rasuah sebanyak RM200 agar pihak polis membenarkannya membawa kenderaan itu dan suspek tetap berkeras meletakkan wang bernilai RM200 di atas meja meskipun saman telah dikeluarkan.

Sementara itu Pengarah SPRM Pahang Tn Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan suspek.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Badan Saya Cedera, Koyak Kalau Kena Muka, Habis Herot’ – Shukri...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya tidak serik untuk terus berlakon dalam filem aksi meskipun terpaksa menanggung kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat...

CATEGORIES