Monday, October 12, 2026
HomeBERITAWarga Emas Korban Banjir Pertama Di Terengganu

Warga Emas Korban Banjir Pertama Di Terengganu

BESUT – Seorang lelaki warga emas menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas ditemui lemas di Kampung Pinang di sini, hari ini.

Mangsa Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.

Bagaimanapun, ketika melakukan aktiviti mengangkat pukat di kawasan berkenaan, mangsa dilaporkan hilang sebelum rakan-rakannya berusaha menyelamatkannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, sejurus menerima panggilan kira-kira jam 9.08, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa kemudiannya berjaya ditemui kira-kira jam 10.10 pagi sekitar jarak lima meter dari lokasi dilaporkan hilang.

“Hasil pencarian selama kira-kira satu jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa di dasar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isu Jerebu Sudah Merentasi Sempadan, Cakra Khan Desak Pihak Berkuasa Bertindak

0
KUALA LUMPUR - Penyanyi Indonesia, Cakra Khan meluahkan rasa kesal dan prihatin terhadap isu jerebu serta pembakaran terbuka yang semakin membimbangkan sehingga menjejaskan negara...

CATEGORIES