Wednesday, March 11, 2026
HomeBERITAWanita Hamil Cedera Di Perut, Kedai Dobi Terbakar

Wanita Hamil Cedera Di Perut, Kedai Dobi Terbakar

RAUB – Seorang wanita mengandung cedera ketika melarikan diri daripada kebakaran di sebuah kedai dobi di Taman Amanlina Lestari di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu mangsa yang berusia 20-an cedera di bahagian perut akibat terkena pintu dan dikejarkan ke Hospital Raub untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.05 malam sebelum sepasukan 10 anggota dari BBP Raub dengan dibantu anggota dari pasukan bomba Sukarela Taman Amalina Lestari bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati api marak membakar bahagian dalam kedai dengan anggaran 80 peratus musnah dan dipadamkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan air tangki pam jentera pili bomba.

“Terdapat seorang wanita dewasa mengandung mengalami kecederaan di bahagian perut akibat terkena pintu semasa melarikan diri dari kebakaran.

” Anggota bomba membuat pemeriksaan seterusnya mengejarkan mangsa ke Hospital Raub dengan menggunakan
jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES