Saturday, June 27, 2026
HomeBERITA Nahas FRU: Jenazah Sarjan Mohd. Roslan Selamat Dikebumikan

[VIDEO] Nahas FRU: Jenazah Sarjan Mohd. Roslan Selamat Dikebumikan

IPOH – Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd. Roslan Abd. Rahim, 46, yang terkorban dalam nahas tragis kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Mohd. Roslan dikebumikan dengan penuh istiadat pengebumian pada pukul 5.20 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nur Aini Samiun, 44, termasuk tiga orang anak Muhammad Raqin Najmi, 13, Muhammad Rizqi Nazhan, 9 dan Nur Aqeela Rawida, 6.

Kira-kira 100 orang termasuk pegawai dan anggota polis turut berada di tanah perkuburan tersebut.

Pegawai Penjaga Terup FRU Unit 5A, ASP Yamin Mat Zaid, kemudian, menyampaikan bendera kepada adik bongsu Allahyarham, Mohamad Hazizi Abd. Rahim, 35, pada penghujung istiadat pengebumian itu.

Terdahulu, pada pukul 4.43 pagi, jenazah Allahyarham tiba dari FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh.

Allahyarham Sarjan Mohd Roslan yang merupakan anak ketiga dari lima beradik itu adalah antara sembilan anggota yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam di Teluk Intan semalam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Batik Air Perkukuh Rangkaian Asia dengan Pelancaran Laluan Kuala Lumpur–Shanghai

0
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2026 – Batik Air terus mengukuhkan kehadirannya di China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali...

CATEGORIES