Monday, August 17, 2026
HomeHIBURANMahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar –...

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar – Ramli MS

SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan meminta individu yang tidak memahami bahasa Melayu mendengarnya.

Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 67, berkata warga asing seperti rakyat Bangladesh boleh menjadi pendengar neutral untuk menilai kekuatan melodi tanpa dipengaruhi lirik atau latar belakang penyanyi.

“Kalau nak tahu lagu itu hit atau tidak, bagi orang luar macam dari Bangladesh dengar. Jangan bagi orang Melayu, jangan bagi kawan kamu dengar. Mereka (warga asing) adalah pendengar yang neutral.

“Kalau 10 orang dengar dan sembilan daripadanya kata sedap, saya jamin lagu itu akan meletup (hit). Itu yang kami lakukan dahulu,” katanya pada sidang media konsert akhir Big Stage Rocketfuel, semalam.

Menurut Ramli, pendekatan berkenaan berkesan kerana muzik bersifat sejagat dan mampu merentasi batas bahasa.

Katanya, apabila individu yang tidak memahami bahasa sesebuah lagu masih mampu tertarik dengannya, ia menunjukkan melodi serta kualiti vokal penyanyi berkenaan berada pada tahap yang baik.

Dalam pada itu, Ramli menegaskan kepentingan syarikat rakaman memastikan kawalan kualiti (QC) sesebuah lagu berada pada tahap terbaik sebelum dipasarkan kepada khalayak.

“Berdasarkan pengalaman saya, jika kamu keluarkan lagu tetapi kawalan kualiti (QC) tidak cukup, orang akan pandang rendah. Pendengar boleh pergi balik (dengar lagu) dan cop kamu, ‘dia bernyanyi macam ini’.

“Jadi, kalau syarikat rakaman rasa tidak mencapai standard, tidak mengapa untuk kembali ke studio dan belanja lebih RM2,000 atau RM3,000 kerana lagu ini akan kedengaran sehingga 20 atau 30 tahun akan datang,” katanya.

Selain itu, Ramli berkata peranan penyelia vokal juga penting dalam menentukan karakter nyanyian seseorang penyanyi ketika rakaman.

“Kemudian, kena tahu siapa penyelia vokal kerana ini sangat penting. Dialah yang akan mencorakkan identiti kamu. Kena cari yang bagus. Tidak mengapa jika lagu itu berpeluang untuk hit, keluarkan banyak sedikit duit.

“Sebab pulangan kalau kamu belanja RM6,000, tetapi lagu itu bertahan 10 tahun, berapa yang kamu rasa kamu akan dapat? Beratus kali ganda kamu boleh dapat balik.

“Jangan ingat zaman digital ini semua boleh ‘adjust’ dengan autotune. Kamu perlu elakkan perkara itu. Jangan bila nyanyi di luar berbeza dengan rakaman,” katanya.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Big Stage Rocketfuel: Raih Undian ‘Online’ Tertinggi, Hussain Dinobat Sebagai Juara

0
SHAH ALAM – Menebus kekalahan di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2), penyanyi Hussain diangkat sebagai juara Big Stage Rocketfuel pada konsert akhir...

CATEGORIES