Friday, October 2, 2026
HomeBERITA‘TikToker’ Ditembak Semasa Bersiaran Langsung

‘TikToker’ Ditembak Semasa Bersiaran Langsung

KINGSTON – Seorang pesohor media sosial di Jamaica meninggal dunia selepas ditembak dan dipukul ketika melakukan penstriman langsung di platform TikTok, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan) berhampiran sebuah kedai di St Andrew pada Isnin lalu.

Jabari Johnson atau lebih dikenali sebagai BabaSkenng, 25, dilaporkan membuat siaran langsung dan berbual dengan pesohor media sosial lain.

Situasi bertukar menjadi cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali menghampiri Johnson dari arah belakang lalu melepaskan tembakan pada jarak dekat.

Selepas ditembak, mangsa menjerit kesakitan apabila berulang kali dipukul di bahagian kepala dan badan.

Polis Utara St Andrew mengesahkan Johnson meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan,” tambahnya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

George Russell, Kimi Antonelli Teruja Nikmati Roti Canai, Splash Mania Di...

0
KUALA LUMPUR - Bukan hanya kepantasan di litar menjadi tumpuan dua pelumba pasuka Mercedes- AMG Petronas Formula One (F1), George Russell dan Kimi Antonelli,...

CATEGORIES