Saturday, July 25, 2026
HomeBERITATiga Cedera Parah Melecur Dalam Kebakaran Kilang

Tiga Cedera Parah Melecur Dalam Kebakaran Kilang

KLANG – Tiga lelaki warga asing parah akibat melecur dalam kebakaran melibatkan tiga buah kilang di Taman Aman Perdana di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan penyimpanan gas di bangunan semi-D tiga tingkat sebelum merebak ke gudang penyimpanan jentera berat dan kilang memproses tembaga.

Katanya, seramai 42 anggota termasuk pegawai dari tujuh buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi pemadaman selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.55 pagi.

Ini melibatkan BBP Klang Utara
BBP Klang Selatan , BBP Andalas , BBP Bukit Jelutong , BBP Kapar dan BBP Damansara serta BBP Pelabuhan Klang.

“Kebakaran melibatkan tujuh lelaki warga asing dengan tiga daripadanya mengalami kecederaan parah akibat melecur.

“Empat lagi mangsa telah berjaya menyelamatkan diri. Kebakaran berjaya di kawal pada pukul 2 pagi,” katanya hari ini.

Jelasnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES