Sunday, June 15, 2025
HomeBERITATak Perlu Ke Luar Negara, Alor Setar Pun Macam 'Oversea'

Tak Perlu Ke Luar Negara, Alor Setar Pun Macam ‘Oversea’

ALOR SETAR – Cuaca sejuk dan kabus tebal luar biasa pada awal pagi menyelubungi beberapa daerah di negeri ini terutama di sekitar Alor Setar dan Jerai sejak kelmarin.

Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya ini mendapati, orang ramai terutama yang dalam perjalanan ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah terpaksa menyalakan lampu ken­deraan masing-masing ekoran jarak penglihatan terhad.

Seorang jurujual, Kasim Omar, 55, memberitahu, cuaca berkabus tebal berlaku sejak awal pagi semalam dan berlarutan sehingga pukul 9.30 pagi.

“Waktu saya keluar ke tempat kerja kira-kira pukul 8.30 pagi, keadaan masih berkabus tebal. Memang terpaksa nyala lampu motosikal sebab takut kenderaan lain tak nampak kita.

“Selalunya pada waktu seperti ini memang sudah terang ben­derang. Sebelum ini pukul 7 pagi pun sudah panas, tetapi dua hari ini cuaca memang berbeza,” katanya semalam.

Jamil Aziz, 60, pula berkata, kebiasaannya cuaca hanya ber­kabus pada pukul 7 pagi dan tidak setebal seperti semalam, lapor Kosmo.

“Terkejut keluar rumah pukul 8 pagi tadi untuk beli sarapan lihat kabus tebal macam dekat England pun ada. Cuaca pun sejuk,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, kea­daan kabus tebal itu akibat hujan lebat pada malam kelmarin di beberapa daerah negeri ini.

“Semalam (kelmarin) hujan, jadi banyak wap air di bawah, ditambah pula angin kurang, jadi fenomena kabus berlaku.

“Tempat yang banyak kabus selalunya di kawasan banyak pokok dan lembap apabila peralihan angin kurang.

“Kejadian ini setempat sahaja, apabila matahari naik dan suhu panas, kabus pun sudah tiada,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nahas Air India: ‘Saya Tidak Tahu Bagaimana Boleh Terselamat’

0
NEW DELHI – Seorang lelaki Britain menjadi individu tunggal terselamat dalam nahas penerbangan Air India membawa 242 orang yang terhempas sejurus selepas berlepas di...

CATEGORIES