Suami Jumpa Mayat Isteri Di Belukar, Dengan Kesan Tetakan

0
394
Foto: Berita Harian

BEAUFORT – [DIKEMAS KINI] Remuk hati seorang suami apabila menemui isterinya dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan tetakan pada anggota badan di kawasan belukar ladang kelapa sawit, Kampung Ulu Bambangan, Membakut, dekat sini pada Isnin.

Mayat wanita warga Filipina berusia lingkungan 43 tahun itu ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi dalam keadaan tangan kanan hampir putus, kesan kelar pada leher dan luka di bahagian dahi kanan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang ketika turun bekerja di ladang sawit tempatnya bekerja.

“Mayat mangsa ditemui oleh suaminya sendiri selepas seluar hitam milik mangsa ditemui di kawasan kebun kelapa sawit tersebut.

Mayat mangsa ditemui di belukar berhampiran dengan kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan.
Mayat mangsa ditemui di belukar berhampiran dengan kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan.

“Ahli keluarga berusaha mencari mangsa di sekitar penemuan seluar mangsa dan akhirnya berjaya menemui mayat mangsa di belukar berhampiran dengan kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, susulan kejadian itu pemeriksaan dan siasatan segera dilakukan oleh Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah terhadap mayat di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus, terdapat kesan luka bahagian dahi sebelah kanan dan kesan kelar di bahagian leher yang dipercayai kesan kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam.

“Hasil siasatan juga berjaya membuat tangkapan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 30 hingga 40-an bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here