Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITAPegawai Awam Terkesan Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Boleh Mohon BDR

Pegawai Awam Terkesan Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Boleh Mohon BDR

PETALING JAYA – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memastikan kelangsungan perkhidmatan awam melalui pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam secara fleksibel sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Mei ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, dasar ini diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2.

“Ia bertujuan mencapai keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kelangsungan tugasan serta keperluan pegawai dari aspek keharmonian kerja dan kehidupan (work life balance),” jelas kenyataan itu.

Menurut JPA, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR khususnya bagi pegawai yang dijangka terkesan dengan kesesakan trafik sepanjang tempoh acara tersebut.

“Langkah ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Madani dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selaras dengan nilai-nilai teras Madani seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya. Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam MyPPSM,” kata JPA.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MDKD 2026 Edisi Lembah Klang Perkasa Komuniti Sentul Dengan AI Dan...

0
Kuala Lumpur, 14 November 2026 – Kementerian Digital terus memperkukuh agenda pembudayaan digital di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program Minggu Digital Kementerian Digital...

CATEGORIES