Tuesday, August 18, 2026
HomeBERITA'Sebak Tak Dapat Cium Tangan Papa Pada Pagi Aidilfitri'

‘Sebak Tak Dapat Cium Tangan Papa Pada Pagi Aidilfitri’

Kuala Lumpur: “Suasana Aidilfitri kami berbeza tanpa papa, tetapi kami tetap membuat persediaan secara sederhana dan tahun ini kami memakai baju tema hitam seperti yang arwah papa pilih,” kata Mohammad Shahfirul Aizad Mohd Shahrizan.

Dia yang berusia 16 tahun adalah anak bongsu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April tahun lalu.

Berkongsi cerita, Mohammad Shahfirul Aizad berkata, kehilangan bapa sangat perit untuk dilalui, namun dia mengakui dirinya dan ibu, Noor Ain Mohammad Ariffin, 42, dan dua kakaknya reda dengan pemergian insan tersayang dalam nahas menyayat hati itu.

Menurutnya, ingatan dan kerinduan pada bapa tidak ternoktah terutama apabila menjelang Aidilfitri malah dia mengakui perasaannya kosong tanpa bapa tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES