Tuesday, August 18, 2026
HomeBERITARinggit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Teruskan Aliran Meningkat

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Teruskan Aliran Meningkat

RINGGIT meneruskan aliran naik semasa awal dagangan pada Selasa, meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian ke atas mata wang tempatan, dalam keadaan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3585/3665 berbanding dolar AS daripada 4.3615/3665 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY susut 0.46 peratus kepada 99.010 mata apabila perniagaan AS terjejas ekoran tarif import AS.

Beliau berkata, ringgit dijangka kekal positif namun dengan kecenderungan kepada julat dagangan kecil, katanya kepada Bernama.

“Buat masa ini, USD/MYR agak hampir dengan paras sokongan sedia ada 4.3634 dan sekiranya dolar AS-ringgit melepasi paras ini, kedudukan sokongan seterusnya akan berada pada 4.2607,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata ringgit menunjukkan prestasi yang sangat baik setakat ini, dengan mata wang tempatan meningkat 0.22 peratus berbanding dolar AS, kepada 4.3640 semalam.

Sementara itu, mata wang negara Asia lain mengalami prestasi bercampur-campur semalam, dengan baht Thailand dan rupiah Indonesia masing-masing susut berbanding dolar AS sebanyak 0.02 peratus dan 0.15 peratus.

Won Korea dan rupee India masing-masing meningkat 0.36 peratus dan 0.49 peratus.

Beliau berkata di peringkat global, gesaan supaya pengurangan kadar faedah AS menjadi semakin ketara apabila hasil nota Perbendaharaan AS bertempoh dua tahun susut lima mata asas kepada 3.69 peratus.

Awal dagangan hari ini, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES