Ramai Bagi Duit Raya RM10, Selepas RM1 & RM5 Tidak Dipandang Lagi

0
467
Foto: Vocket

PUTRAJAYA – Wang kertas RM10 adalah not edaran paling banyak diterima umat Islam di negara ini ketika musim perayaan Aidilfitri sejak 23 tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi hantaran grafik di Facebook rasminya, hari ini.

Menurutnya, not RM10 itu mengatasi edaran wang kertas lain iaitu not RM1 dan RM5 sejak tahun 2000.

Perkongsian grafik berhubung not edaran paling banyak diterima umat Islam di negara ini ketika musim perayaan Aidilfitri di Facebook DOSM.

Data dikongsi menunjukkan not RM10 kekal edaran tertinggi manakala, not lain berubah masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.

Not RM5 pernah menggungguli kedudukan kedua edaran tertinggi bagi tempoh 2000 hingga 2009 sebelum not RM1 mengambil alih pada 2010 hingga 2019 dan kemudiannya diambil alih not RM20 bagi 2020 hingga 2023.

Bagi edaran ketiga tertinggi pula, not RM1 menguasai bagi tempoh 2000 hingga 2009 sebelum diambil alih oleh not RM5 bagi 2010 hingga 2019 dan seterusnya diambil alih semula oleh not RM1 bagi tempoh 2020 hingga 2023.

Not RM1 dan RM5 pula menghuni kedudukan ketiga tertinggi edaran bagi musim Aidilfitri tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here