Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAPolis Selangor Kongsi Maklumat GISBH Dengan JAIS, MAIS

Polis Selangor Kongsi Maklumat GISBH Dengan JAIS, MAIS

KLANG – Polis Selangor bekerjasama penuh dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam perkongsian maklumat berkaitan kes GISB Holding Sdn. Bhd. (GISBH).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, jalinan kerjasama erat antara ketiga-tiga pihak dilaksanakan sejak awal lagi.

“Ini (siasatan kes) dilakukan menerusi satu pasukan khas bersepadu di peringkat kontinjen Bukit Aman. Memang ada kerjasama perkongsian maklumat antara polis Selangor, MAIS dan JAIS mengenai aktiviti (GISBH) di negeri ini,” katanya selepas merasmikan penutupan program Larian Marathon Selangor Police Integrity 2024 di Stadium Sultan Suleiman di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan seluruh agensi agama Islam di Selangor bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam kesalahan jenayah disyaki berkaitan GISBH diheret ke mahkamah.

Sumber : KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES