Polis Keluarkan Lakaran Suspek Simbah Asid Faisal Halim

0
616
Foto: Buletin TV3

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata anggaran umur suspek ialah 30 tahun dengan ketinggian 165 sentimeter.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan suspek juga mempunyai susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran diminta menghubungi pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M.Jagachandran di talian 012-6848166 / 03-2266 6071 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal cedera disimbah asid ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menghampirinya sebelum bertindak menyimbah asid.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here