Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITAPolis Buru Individu Guna Video AI Imej Agong Tawar Bantuan Kewangan

Polis Buru Individu Guna Video AI Imej Agong Tawar Bantuan Kewangan

JOHOR BAHRU – Tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu memanipulasi imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperdayakan orang ramai kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 25 Februari lalu berhubung penyebaran video palsu itu di platform media sosial TikTok.

Menurutnya, video tersebut memaparkan imej Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda seolah-olah mengumumkan pemberian bantuan kewangan kepada rakyat.

“Siasatan awal mendapati akaun TikTok berkenaan dipercayai palsu dan diwujudkan khusus untuk memuat naik kandungan video berunsur penipuan tersebut.

“Perbuatan ini bukan sahaja bertujuan memperdayakan orang ramai, malah secara tidak langsung mencemarkan imej institusi diraja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak polis tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi akaun lain yang menggunakan modus operandi sama dengan menyalahgunakan teknologi AI terhadap individu atau personaliti berprofil tinggi (VIP) bagi meraih kepercayaan masyarakat.

Tegasnya, mana-mana individu yang didapati terlibat boleh disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan penipuan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

“Setakat ini tiada mangsa dikenal pasti dan tiada kerugian kewangan dilaporkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ab Rahaman berkata, polis turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun terlibat serta mengambil tindakan segera termasuk menurunkan kandungan berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES