Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITAPETRA Tingkat Usaha Urus Projek Tebatan Banjir

PETRA Tingkat Usaha Urus Projek Tebatan Banjir

PUTRAJAYA – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan Majlis Tandatangan dan Bacaan  Ikrar Aku Janji melibatkan lima belas (15) buah syarikat yang telah menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri  PETRA dalam teks ucapannya yang dibaca oleh YB Timbalan Menteri PETRA, menegaskan bahawa majlis ini diadakan bertujuan memperlihatkan keseriusan  Kementerian dalam memastikan tatakelola dan komitmen kontraktor untuk  melaksana dan menyiapkan projek dalam tempoh masa ditetapkan.

Majlis yang diadakan bersama dalam Perhimpunan Bulanan PETRA Bilangan  4 Tahun 2024 ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua  Setiausaha; YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga); YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah  PETRA, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian.

Projek-projek yang melibatkan kos kontrak sebanyak RM1.245 billion perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di lembangan sungai berkaitan di samping menjamin keselamatan dan mengurangkan kerugian  kerosakan harta benda kepada penduduk serta infrastruktur awam.

Perubahan iklim yang berlaku kini menyebabkan gelombang banjir besar yang melanda menjadi sejarah, hampir melumpuhkan bandar-bandar yang terlibat  kerana sungai tidak mampu menampung aliran hujan yang melimpah.

Namun,  melalui pelaksanaan projek pembangunan ini, dijangkakan penduduk setempat dapat menikmati peningkatan signifikan dalam kualiti hidup mereka. Projek ini  dianggap sebagai langkah strategik untuk merangsang pembangunan sosioekonomi serta alam sekitar yang lebih terpelihara.

PETRA komited dalam pelaksanaan projek pembangunan yang telah dirancang dan diluluskan agar dapat menjayakan agenda nasional dalam  mentransformasi sektor air untuk menjadi sektor yang mampan.

Selain itu, ia juga pemangkin pembangunan yang dinamik yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menjamin bekalan air yang  berkualiti kepada rakyat dapat dicapai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES