Thursday, May 14, 2026
HomeBERITAPerjanjian Gencatan Senjata AS- Iran Langkah Positif Reda Ketegangan

Perjanjian Gencatan Senjata AS- Iran Langkah Positif Reda Ketegangan

PUTRAJAYA – Malaysia mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dengan menyifatkan perkembangan itu sebagai satu langkah signifikan ke arah meredakan ketegangan di Asia Barat.

Wisma Putra berkata, susulan itu, Malaysia menggesa semua pihak untuk menghormati sepenuhnya serta melaksanakan semua terma gencatan senjata bagi mengelakkan persengketaan berpanjangan.

“Semua pihak juga hendaklah mengelakkan daripada sebarang tindakan provokatif atau langkah unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan di rantau tersebut serta menggugat kestabilan ekonomi dan tenaga global.

“Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha diplomatik yang membawa kepada perjanjian ini,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, kejayaan ini membuktikan bahawa diplomasi kekal sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju dalam menyelesaikan konflik berpanjangan.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan keselamatan serantau dalam jangka panjang.

“Semua pihak hendaklah memanfaatkan ruang yang wujud ini untuk meneruskan dialog ke arah penyelesaian yang menyeluruh dan berkekalan.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong usaha-usaha keamanan ini serta menyumbang ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat di rantau tersebut,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kasihan, Orang Tak Tahu Kak Jee Ada Asma Yang Teruk’ –...

0
PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.” Demikian perkongsian...

CATEGORIES