Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITAPemandu Bot Terbalik di Pulau Perhentian Direman 3 Hari Kes Dadah

Pemandu Bot Terbalik di Pulau Perhentian Direman 3 Hari Kes Dadah

SETIU – Pemandu bot yang terlibat dalam insiden mengorbankan tiga pelancong di Pulau Perhentian, Besut Sabtu lalu direman tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Nurliyana Md. Zukri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek berusia 22 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1957.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, ujian urin terhadap pemandu bot tersebut selepas berlakunya tragedi terbabit mendapati dia positif dadah jenis Benzodiazepine.

Beliau berkata, semakan juga mendapati lelaki berusia 22 tahun berkenaan juga memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kosmo! hari ini melaporkan bot dipandu suspek membawa 15 penumpang berusia dalam lingkuntan tiga hingga 40 tahun terbalik selepas dipukul ombak besar kira-kira 20 meter dari sebuah resort di Pulau Perhentian Besar, Besut.

Kejadian pada pukul 10.30 malam itu mengorbankan dua beranak, S. Arumugam, 40; dan anaknya A. Sarrvihka, 3, serta V. R. Vennpani , 10 manakala seorang lagi, T.S Sakthivel, 6, pula masih dalam keadaan kritikal.

Sewaktu kejadian, kesemua empat keluarga dari Butterworh, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah tersebut dalam perjalanan pulang ke resort penginapan selepas menyaksikan pertunjukan api di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, Besut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES