Tuesday, August 11, 2026
HomeBERITAPelajar Tikam Wanita Hingga Maut Kerana Tidak Diberi Hutang Rokok

Pelajar Tikam Wanita Hingga Maut Kerana Tidak Diberi Hutang Rokok

PALEMBANG – Seorang pelajar lelaki ditahan polis selepas dipercayai menikam seorang wanita hingga maut kerana berang tidak diberikan hutang rokok selain dihina oleh mangsa.

Mangsa, Turyati, 59, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Perumahan Griya Bersama Boster, RT 05, Kelurahan Sukodadi, Kecamatan Sukarami, KM 12 Palembang sekitar jam 2 pagi (waktu tempatan) pada 6 Mei 2025.

Ketua Polis Daerah Sukarami, Kompol Alex Andriyan berkata, suspek berusia belasan tahun dan masih berstatus pelajar di sebuah sekolah menengah kejuruan (SMK) swasta, telah ditahan kira-kira empat jam selepas kejadian oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Polsek Sukarami dan Ibu Pejabat Polis Daerah Palembang.

“Siasatan awal mendapati suspek berkunjung ke rumah mangsa untuk berhutang rokok, namun permintaan itu ditolak.

“Mangsa kemudian mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan pelajar terbabit,” katanya.

Suspek berusia belasan tahun dan masih berstatus pelajar di sebuah sekolah menengah kejuruan (SMK) swasta, telah ditahan kira-kira empat jam selepas kejadian.

Suspek yang berasa tersinggung, kemudian bertindak mencekik leher mangsa hingga rebah sebelum mengambil pisau dari dalam rumah dan menikam leher mangsa sebanyak tujuh hingga lapan kali.

“Selepas kejadian, suspek turut melarikan wang tunai mangsa berjumlah kira-kira Rp200,000 (RM52) makanan ringan dan mi segera sebelum melarikan diri,” katanya.

Rakaman pengakuan suspek yang tular di media sosial mengukuhkan maklumat yang diperoleh polis, dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut kesalahan membunuh.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES