Thursday, September 10, 2026
HomeBERITANenek Maut, Terbabas Elak Anjing Liar Lintas Jalan

Nenek Maut, Terbabas Elak Anjing Liar Lintas Jalan

IPOH – Cuba mengelak anjing liar di tengah jalan dipercayai punca motosikal ditunggang seorang wanita warga emas hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Pusat Perniagaan Silibin 1, dekat sini kelmarin.

Kejadian sekitar pukul 7.15 itu menyebabkan mangsa, Rohani Mek, 69, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Anak mangsa, Sazrin Mohd. Mohtar, 48, berkata, kejadian menimpa ibunya itu dibuktikan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran yang menunjukkan terdapat seekor anjing melintas di hadapan motosikal ibunya.

Katanya, kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar cucu, Adam Mikail Shaizul Nizam, 11, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin.

“Kalau lihat dari CCTV itu, memang banyak anjing liar berkeliaran dan mengejar pengguna jalan raya yang lalu lalang di jalan berkenaan. Malah, Adam pun beritahu motosikal mereka dikejar anjing ketika ke sekolah,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Kampung Tengku Hussin Baru, Silibin di sini hari ini.

Katanya, pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Vaterinar digesa mengambil tindakan berhubung kumpulan anjing liar yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gaji Menteri Singapura Akan Dinaikkan Hingga 9 Peratus

0
SINGAPURA - Pemegang jawatan politik di republik itu bakal menerima kenaikan gaji sekali sahaja sehingga sembilam peratus, sekali gus menjadi pelarasan pertama sejak 2011. Keputusan...

CATEGORIES