Tuesday, April 21, 2026
HomeBERITAMPM Bukan Sistem Peperiksaan Berisiko Tinggi – Fadhlina

MPM Bukan Sistem Peperiksaan Berisiko Tinggi – Fadhlina

PETALING JAYA – Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) yang dilaksanakan untuk murid tahun empat sekolah rendah dan pelajar tingkatan tiga sekolah menengah secara berpusat bukan sistem peperiksaan berisiko tinggi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, pelaksanaannya tidak memberi tekanan, sebaliknya membuka peluang untuk mengenal pasti ruang tambah baik bagi meningkatkan pencapaian murid.

“Mengapa dilaksanakan untuk murid tahun empat? Ini antara persoalan masyarakat selepas Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan MPM untuk murid tahun empat dan tingkatan tiga.

“MPM tahun empat adalah pentaksiran bertujuan menilai pencapaian murid dari segi literasi, numerasi dan kemahiran asas saintifik.

“Manakala MPM tingkatan tiga pula menilai pencapaian murid dari kemahiran bahasa, pengetahuan, aplikasi, penaakulan dan kemahiran proses saintifik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fadhlina berkata, pelaksanaan MPM tahun empat membolehkan pencapaian murid dinilai bagi merangka program intervensi literasi dan numerasi.

Menurut beliau, ia mendukung Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kurikulum baharu persekolahan.

“Ini bermakna ruang untuk intervensi boleh dilaksanakan semasa murid berada di tahun lima dan enam.

“Membantu persediaan murid sebelum memasuki sekolah menengah dan bagi menghadapi pentaksiran peringkat antarabangsa seperti SEA-PLM, TIMSS dan PISA,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kalau Pasangan Curang, Kita Dah Ada Duit Sendiri – Fasha Sandha

0
KUALA LUMPUR – Aktres Fasha Sandha menasihatkan golongan wanita untuk mempunyai wang simpanan sendiri sebagai bekalan kecemasan sekiranya ditinggalkan pasangan yang curang. Pemilik nama penuh...

CATEGORIES