Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITALelaki OKU Hilang Di Raub Ditemui Selamat

Lelaki OKU Hilang Di Raub Ditemui Selamat

KUANTAN – Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang selepas keluar membawa lembu ke sebuah ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Ulu Atok, Sega, Raub pada Rabu minggu lalu ditemui selamat pada Ahad.

Mangsa, Zulkifli Ramli, 44, seorang penggembala lembu ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 3.30 petang di lokasi kira-kira 2.2 kilometer dari rumahnya.

Berdasarkan kenyataan Polis Raub melalui Facebook rasminya, mangsa dijumpai dalam keadaan lemah dengan luka-luka kecil pada badan serta berkaki ayam.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Susulan penemuan mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah ditamatkan.

Sebelum ini polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan mangsa yang dilaporkan hilang Rabu lalu.

Ahli keluarganya tampil membuat laporan polis pada hari berikutnya selepas mangsa didapati tidak pulang ke rumah.

Operasi SAR juga digerakkan pada Khamis minggu lalu.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tular Menfitnah Namanya Menganiaya, Bukan Berniaga’ – Shaheizy Sam

0
PETALING JAYA – Aktor juga usahawan, Shaheizy Sam secara terbuka menegur strategi pemasaran segelintir peniaga yang gemar mencipta kandungan tular berunsur fitnah demi melariskan...

CATEGORIES