Saturday, June 13, 2026
HomeBERITALelaki Indonesia Maut Ditimpa Pokok

Lelaki Indonesia Maut Ditimpa Pokok

Dungun: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditimpa pokok ketika melakukan kerja penebangan pokok di kawasan pembalakan di Hulu Paka, dekat Bandar Al Muktaffi Bilah Shah (AMBS) di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, Daeng Latif Daeng Nurung, 54, yang cedera di bahagian kepala dan kaki disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Noor Fadzly @Rudy Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada 2.31 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, bomba segera melakukan kerja menebang dan mengalih pokok yang menimpa mangsa.

“Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa lebih daripada satu jam untuk tiba di tempat kejadian kerana lokasinya yang sukar diakses.

“Memandangkan laluan masuk yang berliku dan licin, pihak kami terpaksa menggunakan traktor dan jentolak untuk masuk ke tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES