Thursday, March 12, 2026
HomeBERITALawatan Xi Jinping: 15 Laluan Ditutup Pada 12.30 Tengah Hari

Lawatan Xi Jinping: 15 Laluan Ditutup Pada 12.30 Tengah Hari

PETALING JAYA – Sebanyak 15 laluan akan ditutup sekali lagi dalam tempoh satu jam lagi bermula pukul 12.30 tengah hari bagi memudahkan pergerakan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan negara ke Malaysia.

Laluan tersebut melibatkan Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Damansara dan Jalan Istana.

Seterusnya, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Lebuh Raya Maju Expressway (MEX).

Penutupan laluan turut melibatkan Lingkaran Putrajaya, Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang dan Jalan P5.

Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memaklumkan, penutupan jalan secara penuh dan lencongan akan dilakukan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi negara tersebut.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.

Semalam Kosmo! melaporkan, Jinping selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam sehingga Khamis.

Ketibaan beliau dan delegasi dari China dengan menaiki pesawat Air China jenis Boeing 747 disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Turut menyambut kehadiran beliau bersama delegasi negara itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES