Thursday, September 17, 2026
HomeBERITALapan Gerai Makan Terbakar, Seorang Cedera

Lapan Gerai Makan Terbakar, Seorang Cedera

JOHOR BAHRU – Lapan gerai makan di Taman Sri Puteri Skudai di sini hangus dalam kebakaran pada petang Ahad.

Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahari Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.44 petang.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM

 

Menurutnya, seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Iskandar Puteri dan Larkin ke lokasi kejadian.

“Lapan gerai terbakar antara 50 hingga 90 peratus manakala sebuah motosikal musnah 95 peratus.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM

“Peniaga gerai iaitu lelaki 37 tahun cedera di tangan kiri dan telah mendapat rawatan awal,” katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.

Jelas beliau, kebakaran dapat dikawal pada 5.23 petang dan api padam sepenuhnya pada 7.05 malam.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES