Saturday, September 5, 2026
HomeBERITALaksana Ujian Siren Amaran Awal Tsunami, MetMalaysia Ambil Langkah Berjaga

Laksana Ujian Siren Amaran Awal Tsunami, MetMalaysia Ambil Langkah Berjaga

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengumumkan pelaksanaan ujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 14 November ini.

Menurut tinjauan Kosmo, MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, pengujian SAATNM itu akan melibatkan dua kawasan di Kedah.

“Kawasan pertama adalah Telaga Harbour Park, Langkawi, Kedah. Pengujian ini bakal bermula pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Kedua adalah kawasan Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Ujian tersebut akan bermula pukul 3 petang sehingga 5 petang,” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan ujian.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” kata MetMalaysia.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Dua Dekad Dalam Industri, Faizal Tahir Tak Pernah Kejar Gelaran Datuk

0
KUALA LUMPUR - Selepas dua dekad dalam industri seni, penyanyi Faizal Tahir menegaskan dirinya tidak pernah mengejar sebarang gelaran atau pangkat, termasuk anugerah Datuk,...

CATEGORIES