Wednesday, November 19, 2025
HomeBERITAKes Covid-19 Semakin Parah, 5 Juta Dijangkiti, Lebih 37,000 Terkorban

Kes Covid-19 Semakin Parah, 5 Juta Dijangkiti, Lebih 37,000 Terkorban

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,141,797 kes jangkitan tempatan Covid-19 dengan 37,246 kematian direkodkan bagi tempoh 20 Januari 2020 hingga 16 Disember lalu.

Menurut data dari laman sesawang KKMNOW, bagi tempoh sama juga sebanyak 5,115,191 pesakit telah pulih daripada Covid-19.

Dalam pada itu, sejak 10 hingga 16 Disember pula sebanyak sebanyak 28,375 kes aktif direkodkan, manakala kes import merekodkan sejumlah 39,015 kes.

Bilangan pesakit yang menjalani kuarantin di rumah melibatkan 27,689 pesakit.

Manakala pesakit yang memerlukan rawatan di hospital ialah sebanyak 664 orang di mana lapan individu ditempatkan di unit rawatan rapi manakala pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (14).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘4 Tahun Tiada Perubahan Langsung, Mudaratkan Mental Saya’ – Uqasha Senrose

0
KUALA LUMPUR – Empat tahun waktu yang lebih daripada cukup buat pelakon Uqasha Senrose memberi peluang kepada suami, Kamal Adli untuk memperbaiki rumah tangga...

CATEGORIES