Tuesday, September 8, 2026
HomeBERITAKerja Penyelenggaraan Waktu Malam di BESRAYA Mulai 3 Jun Hingga 30 November

Kerja Penyelenggaraan Waktu Malam di BESRAYA Mulai 3 Jun Hingga 30 November

KUALA LUMPUR: Besraya (M) Sdn Bhd sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) bermula 3 Jun hingga 30 November ini.

Menurut kenyataan syarikat konsesi lebuh raya itu, penutupan lorong akan dilakukan secara berperingkat melibatkan kedua-dua arah lebuh raya antara KM0.1 hingga KM21.9, KMB0.0 hingga KMB0.8, KMS0.0 hingga KMS2.2 dan KMP0.0 hingga KMP3.3.

Kerja penyelenggaraan yang membabitkan kerja turapan dan penandaan jalan itu dijadualkan berlangsung pada waktu malam sahaja, iaitu mulai jam 10 malam hingga 6 pagi setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.

“BESRAYA juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya.

“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kerja penyelenggaraan tersebut dilaksanakan dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna.

BESRAYA turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna lebuh raya, dan sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian Besline di 1-800-88-0999.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih RM280 Juta Tanam Semula Sawit Antara Cadangan Belanjawaan 2027

0
PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dalam Belanjawan 2027 sebagai usaha memperkukuh...

CATEGORIES