Thursday, July 16, 2026
HomeBERITAKerajaan Jamin Tiada Pengurangan Bantuan, Subsidi Untuk Rakyat

Kerajaan Jamin Tiada Pengurangan Bantuan, Subsidi Untuk Rakyat

PETALING JAYA – Kerajaan memberi jaminan bahawa subsidi yang melibatkan barangan makanan dan kewangan yang dinikmati rakyat ketika ini akan terus dikekalkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, pengekalan itu meliputi bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan Bantuan Awal Persekolahan oleh Kerajaan Madani.

“Kerajaan tidak akan mengurangkan apa sahaja subsidi (bantuan) yang sedia ada, dan ini adalah pendirian kerajaan buat masa ni,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengurangkan subsidi bahan makanan sedia ada atau bantuan kewangan lain.

Ia susulan jangkaan bahawa kerajaan akan menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi tahun 2026 tertakluk kepada perkembangan krisis di Asia Barat.

Chin Tong berkata, konflik yang berlaku di Asia Barat telah memberi tekanan yang ketara kepada pasaran tenaga global dan menyebabkan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari 2026, sebelum melonjak kepada sekitar RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026,” ujarnya.

Chin Tong berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai penilaian terkini kerajaan terhadap kesan konflik di Asia Barat terhadap perbelanjaan subsidi bahan api negara.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pelan Strategik Dan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Perpaduan Negara 2026-2030 Dilancar,...

0
KUALA LUMPUR, 15 Julai - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan dua pelan strategik iaitu Pelan Strategik KPN 2026-2030 dan Pelan Strategik Pendigitalan KPN...

CATEGORIES