Thursday, March 12, 2026
HomeBERITAKeputusan STPM 2024 Diumum Pada 24 Jun Depan

Keputusan STPM 2024 Diumum Pada 24 Jun Depan

PETALING JAYA – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 Jun depan.

MPM dalam satu kenyataan berkata, semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun secara dalam talian.

“Calon boleh menggunakan kaedah SMS dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2024.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukil 11 pagi pada 24 Jun sehingga pukul 12 tengah hari pada 4 Julai 2025 (Jumaat),” katanya di sini hari ini.

Bagi dalam talian, calon boleh melayari pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM 2024 mulai pukul 11.30 pagi pada 24 Jun 2025.

Terdahulu, sebanyak 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2024 di 670 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 22,852 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES