Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITAKaki Kiri Budak Lelaki 11 Tahun Cedera Tertusuk Rim Basikal

Kaki Kiri Budak Lelaki 11 Tahun Cedera Tertusuk Rim Basikal

KOTA BELUD – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera kaki kiri akibat tertusuk besi rim basikal dalam kejadian di Kampung Siasai Tamu, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian berkenaan sekitar pukul 5.23 petang.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertugas mendapati seorang kanak-kanak sedang menahan kesakitan ekoran kaki kirinya tertusuk besi rim basikal.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak melepaskan rim basikal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kota Belud menggunakan untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pasukan bomba kemudiannya digerakkan semula Hospital Kota Belud untuk bantuan memotong besi rim basikal terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES