Saturday, April 11, 2026
HomeBERITAKadar Premium Program Tarif Elektrik Hijau Turun 80 Peratus Mulai 1 Julai...

Kadar Premium Program Tarif Elektrik Hijau Turun 80 Peratus Mulai 1 Julai 2025

PUTRAJAYA, 2 Julai 2025 – Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan Program Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET) bagi tahun 2025 dengan tawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600GWj dengan kadar premium 10sen/kWj untuk pengguna domestik dan bukan domestik voltan rendah dan 20sen/kWj bagi pengguna bukan domestik voltan sederhana dan tinggi.

Program GET yang diperkenalkan sejak tahun 2021 ini, merupakan inisiatif strategik Kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pengguna elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon. Sejak ia diperkenalkan, program GET telah membekalkan secara kumulatifnya sebanyak 10,500 GWj tenaga elektrik hijau kepada lebih daripada 3,551 pengguna dalam pelbagai kategori dan membantu pengguna bagi memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG) terutamanya dalam aspek penghindaran pelepasan gas rumah kaca melalui penggunaan tenaga elektrik hijau.

Susulan daripada jadual tarif elektrik baharu yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2025, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) teleh meneliti semula program GET sedia ada dan memutuskan pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

  1. pelaksanaan GET bagi tahun 2025, pasca penguatkuasaan tarif elektrik baharu diteruskan dengan prinsip asas yang telah ditetapkan sebelum ini dengan penyesuaian serta penambahbaikan yang sewajarnya;
  2. kuantiti langganan GET oleh pengguna yang sebelum ini tidak dikenakan caj imbalance cost pass-through (ICPT) akan kekal dikecualikan daripada mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) yang menggantikan ICPT; dan
  3. kadar premium GET yang sebelum ini ditetapkan berdasarkan kategori pengguna akan digabungkan menjadi single tier pricing dengan penurunanan kadar premium sehingga 80% seperti berikut:

Mengambil kira bahawa ketetapan baharu ini mungkin akan melibatkan perubahan struktur dan implikasi kos kepada pelanggan GET sedia ada, pilihan untuk menamatkan langganan sedia tanpa sebarang penalti akan diberikan sehingga 31 Ogos 2025.

Selain itu, Kerajaan turut prihatin terhadap saranan serta keperluan pemilik pusat data, pengguna industri dan komersial supaya mekanisme (kategori?) khusus di bawah Program GET dapat diwujudkan bagi membolehkan “tenant account” yang melanggan bekalan elektrik hijau mendapat pengiktirafan penggunaan elektrik hijau melalui penyaluran sijil Tenaga Boleh Baharu atau Renewable Energy Certificate (REC). Bagi memenuhi permintaan tersebut, program GET sedia ada ditambahbaik dan diperkenalkan sebagai Program GET Greenpath. Program Greenpath GET ini akan dilaksanakan oleh TNB dan mula dibuka unuk langganan mulai 1 Ogos 2025 kepada semua pelanggan TNB dengan kriteria seperti berikut:

  1. pelanggan yang melanggan perlu melakukan pendaftaran dan pemakluman “tenant account” yang akan menerima REC;
  2. jumlah REC yang diterima “tenant account” adalah setara dengan jumlah penggunaan bekalan elektrik hijau yang telah dibilkan kepada pelanggan GET; dan
  3. caj berjumlah 0.2sen/kWj akan dikenalkan sebagai kos pentadbiran dan kendalian program ini.

Pengguna yang ingin memperbaharui atau melanggan program GET boleh berbuat demikian melalui laman sesawang TNB ataupun menghubungi Kedai-kedai Tenaga TNB yang berhampiran mulai hari ini. Maklumat lanjut mengenai program ini juga boleh diperolehi daripada laman sesawang TNB.

Dengan ketetapan serta penambahbaikan kepada program GET ini, PETRA berharap ia akan memberikan keyakinan (certainty) kepada syarikat korporat dan industri dalam melakukan perancangan dalam melanggan bekalan elektrik hijau, selain memperkukuhkan lagi kredibiliti program ini. Usaha ini dijangka menyumbang ke arah mempelbagaikan pilihan akses bekalan elektrik hijau kepada syarikat korporat yang perlu memenuhi komitmen ESG, sekali gus memenuhi tanggungjawab kepada generasi masa kini dan akan datang, sejajar dengan prinsip utama Malaysia MADANI.

KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR

2 JULAI 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES