Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023 – Majlis Pelancaran Bulan Integriti Nasional tahun ini bakal menjadi penanda aras bagi sektor awam atas usaha gagasan Malaysia MADANI untuk mengembalikan kualiti martabat negara.
Bertemakan “Integriti Citra Malaysia Madani” yang telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM, sejajar dengan inisiatif baharu pengukuhan integriti melalui Pelan Integriti Baharu dan Akta Kelola sektor awam.

Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai ahli lembaga pengarah IIM, dan YBhg. Datuk Nor Hayati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IIM menyaksikan pelancaran tersebut di Sime Darby Convention Centre, pagi tadi.
” IIM sebagai institusi utama yang menyahut aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperkasakan integriti dalam sektor awam atau korporat, ” ujar Datuk Nor Hayati Awang dalam ucapannya.
Di samping pelancaran SBIN2023, turut berlansung Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW).
Majlis yang diahadiri seramai lebih 400 orang yang terdiri dari Ketua-Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan, Pengurusan Tertinggi Sektor Korporat dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelaksanaan penstriman lansung di Facebook rasmi IIM.
Pada masa yang sama, majlis bacaan Ikrar Integriti telah dilaungkan bersama sebagai janji setia dalam perkhidmatan dan persembahan lagu “Teguhkan Integriti” yang telah dijayakan dengan kehadiran artis-artis jemputan bagi memeriahkan lagi majlis.





