Thursday, July 30, 2026
HomeBERITABudak Tahan Sakit, Kaki Tersangkut Dalam Lubang Jamban

Budak Tahan Sakit, Kaki Tersangkut Dalam Lubang Jamban

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki sembilan tahun terpaksa menahan sakit hampir satu jam apabila sebelah kakinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Jalan Cheras, Batu 12, Sungai Sikamat, dekat sini, tengah hari tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada jam 12.23 tengah hari, lapor Berita Harian.

Menurut Berita Harian, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kanak-kanak itu dipercayai tergelincir ketika mahu menggunakan tandas.

“Sebahagian kaki kiri mangsa terperosok dan tersangkut pada lubang tandas.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari.

Katanya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kau Ingat Semua Manusia Hidup Bawah Tapak Kaki Kau? – Yuna...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon, Yuna Rahim, 31 mengingatkan semua pihak agar tidak mengaplikasikan sistem kedudukan atau hierarki dalam produksi drama atau filem. Kata pemilik nama sebenar...

CATEGORIES