Sunday, January 18, 2026
HomeBERITAIbu Kandung, Teman Lelaki Dera Dua Beradik Ditahan

Ibu Kandung, Teman Lelaki Dera Dua Beradik Ditahan

MUAR, 3 Oktober- Polis mengesahkan pihaknya telah berjaya menyelamatkan dua beradik perempuan masing-masing lima dan enam tahun yang disyaki menjadi mangsa dera ibu dan teman lelakinya, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, memaklumkan kejadian berlaku antara 16 hingga 26 September lalu disyaki dilakukan ibu mangsa berusia 36 tahun dan teman lelakinya berusia 38 tahun.

Beliau berkata, kejadian terbongkar apabila bapa kandung mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, mengenai kejadian itu.

“Susulan laporan itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar bergegas ke rumah pasangan itu dan menahan mereka pada pukul 2.30 petang, 29 September lalu.

“Kedua-dua mangsa dikatakan didera menggunakan rotan sehingga menyebabkan badan mereka lebam dan meninggalkan kesan.

Raiz menjelaskan, suspek lelaki adalah warga tempatan manakala ibu mangsa bukan warganegara tinggal dengan teman lelakinya di rumah tersebut.

Katanya, dua beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, untuk rawatan lanjut.

“Kedua-dua suspek sudah direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ekonomi Malaysia Diunjur Bertumbuh 5.7% Pada Suku Keempat 2025

0
PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.7 peratus pada suku tahun keempat 2025, berdasarkan anggaran awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterbitkan...

CATEGORIES