Friday, October 2, 2026
HomeBERITAIbu Buang Bayi Dalam Tangki Air Kerana Kerap Menangis

Ibu Buang Bayi Dalam Tangki Air Kerana Kerap Menangis

AHMEDABAD – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki membunuh bayi lelakinya yang berusia tiga bulan dengan mencampaknya ke dalam tangki air bawah tanah di rumah mereka di Ambikanagar, Gujarat, India.

Ketua Balai Polis Meghaninagar, Inspektor DB Basiya memaklumkan bahawa suspek, Karishma Baghel sebelum ini mendakwa anak lelakinya, Khayal telah hilang dari rumah pada Sabtu lalu.

Susulan itu, suaminya, Dilip, kemudian membuat laporan polis.

Bagaimanapun, selepas usaha pencarian dilakukan, mayat bayi berkenaan ditemui dalam tangki air di kediaman mereka pada 7 April lalu.

“Siasatan lanjut mendapati bahawa suspek sendiri yang telah mencampakkan anaknya ke dalam tangki tersebut. Wanita itu ditahan pada malam Isnin,” kata Basiya kepada wartawan pada Khamis, lapor NDTV.

Menurut Basiya, Karishma dipercayai mengalami tekanan emosi dan fizikal sejak mengandung, dan sering mengadu mengenai masalah kesihatan serta menyatakan dirinya tertekan kerana anaknya kerap menangis.

Katanya lagi, kenyataan yang diberikan oleh Karishma kepada pihak polis juga bercanggah sekali gus menimbulkan keraguan.

“Dia mendakwa meletakkan anaknya di dalam bilik sebelum ke bilik air, dan menyedari anaknya hilang apabila kembali.

“Namun, hasil siasatan menunjukkan mustahil bayi itu boleh terjatuh ke dalam tangki air secara tidak sengaja kerana struktur tangki berkenaan tertutup rapat,” jelas Basiya.

Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen berkaitan pembunuhan mengikut undang-undang India.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Piala ASEAN FIFA: FAM Tuntut Penjelasan Perubahan ‘Masa Tambahan’

0
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri apabila mempersoalkan perubahan tempoh masa tambahan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh pada saingan...

CATEGORIES