Wednesday, June 24, 2026
HomeBERITAHenti Jadikan Telefon Pintar Sebagai 'Penjaga Sementara' Anak

Henti Jadikan Telefon Pintar Sebagai ‘Penjaga Sementara’ Anak

Ramai ibu bapa hari ini cenderung menjadikan peranti digital seperti telefon pintar dan tablet sebagai “penjaga sementara” bagi menenangkan atau menghiburkan anak-anak. Tanpa disedari, tindakan ini boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko dalam talian, termasuk kandungan berbahaya yang tidak sesuai dengan usia.

Perlu diingat, peranti bukanlah pengasuh. Tanpa pemantauan dan kawalan yang betul, anak-anak berisiko terdedah kepada video, permainan atau iklan yang mengandungi unsur keganasan, bahasa kesat, penipuan serta kandungan yang boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Lebih membimbangkan, interaksi tanpa kawalan di ruang siber juga boleh membuka peluang kepada ancaman keselamatan seperti gangguan dan eksploitasi.

Sehubungan itu, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan penggunaan Internet yang selamat dan berhemah. Luangkan masa untuk memantau aktiviti dalam talian anak-anak, menetapkan had penggunaan peranti, serta memilih kandungan yang sesuai dan selamat mengikut peringkat umur mereka. Di samping itu, ibu bapa juga digalakkan untuk berbincang secara terbuka dengan anak-anak tentang etika penggunaan Internet, privasi, dan langkah-langkah keselamatan ketika berada di dunia digital.

Kesedaran dan bimbingan daripada ibu bapa mampu membentuk persekitaran digital yang lebih selamat untuk anak-anak. Dengan kawalan yang betul, Internet boleh dimanfaatkan sebagai medium pembelajaran dan perkembangan yang positif, bukan satu ancaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Pernah Meletakkan Noktah Terhadap Lakonan’ – Lisa Surihani

0
MELIHAT kehidupan figura bernama Datin Lisa Surihani ketika ini, pasti ramai mula beranggapan kerjayanya sebagai pelakon sudah dinoktahkan. Jika skeptikal sebegitu yang ada dalam dalam...

CATEGORIES