Tuesday, December 9, 2025
HomeBERITADua Saksi Kanak-Kanak Sempat Lihat Zayn Rayyan Di Blok R, Apartment Idaman

Dua Saksi Kanak-Kanak Sempat Lihat Zayn Rayyan Di Blok R, Apartment Idaman

PETALING JAYA – Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini pada petang 5 Disember lalu.

Berdasarkan laporan Kosmo, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi itu berjaya dikesan ketika pihaknya melakukan ‘mass DNA screening’ (ujian DNA secara beramai-ramai) di apartmen tersebut pada Ahad lalu.

“Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di Blok R.

“Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 Blok R pada petang 5 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 6 Disember lalu, Kosmo! Online melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman.

Polis mengesahkan hasil bedah siasat, kanak-kanak tersebut dibunuh berikutan terdapat kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Dilabel ‘Prof Kangkung’ Gila Jawatan, MUAFAKAT Saman Rita Rudaini

0
KUALA LUMPUR – Tidak lagi berdiam diri, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan...

CATEGORIES