PAPAR, 27 Oktober- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol anak saudaranya yang berusia 12 tahun di sebuah kampung di daerah Papar.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, polis bertindak susulan ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar kelmarin.
Beliau berkata, suspek ditahan menerusi serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar kira-kira pukul 2 petang semalam, pakaian dan juga kenderaan milik suspek turut dirampas.
“Kejadian rogol berlaku ketika suspek menjemput mangsa yang selesai sesi persekolahan, Ogos lalu.
“Suspek merogol mangsa di dalam kereta kereta milik suspek di kawasan tepi jalan berhampiran Kampung Langsat. Selepas merogol mangsa, suspek menghantarnya pulang ke rumah seperti biasa,” katanya.
Kamaruddin berkata, bagaimamanapun mangsa memaklumkan perkara terbabit hanya berlaku sekali.
Suspek ditahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan siasatan turut mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau.
Katanya, suspek adalah adik-beradik kepada bapa mangsa dan tinggal berhampiran dengan rumah mereka.
“Mangsa sudah dirujuk ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas.
“Tahanan reman akan dipohon selama tujuh hari bagi membantu siasatan,”katanya.





